Saturday 3 December 2011

Oreo Chocolate with edible



*Promotion untuk Disember 2011
- (min) 24 pcs - 200 pcs = RM1.80
         200 pcs - 500 pcs = RM1.60
         500 pcs - 800 pcs = RM1.50
        800 pcs-1000 above = RM1.40
-gambar edible mengikut pilihan pembeli...
-tawaran sah sehingga 31/12/2011

3 cavity mix chocolate


 Mix chocolate : white chocolate n milk chocolate

(min)   5-300 boxes - RM3.90/boxes
       300-600 boxes- RM 3.50/boxes
       600-900 boxes- RM3.00/boxes
      1000 above - RM2.80/boxes

4 cavity mix chocolate




 Mix chocolate : white chocolate n milk chocolate

(min)   5-300 boxes - RM4.50/boxes
       300-600 boxes- RM 4.00/boxes
       600-900 boxes- RM3.50/boxes
      1000 above - RM3.00/boxes







Tuesday 3 May 2011

OREO LOLLIPOP



Oreo lollipop 60 pcs tempahan kak ita from shah alam utk besday anak kak ita- nurin...thanz kak ita and hapy besday to nurin :) walaupun demam sy ttp siapkn coklat akak..huhuhuh



Sunday 1 May 2011

24 PIECES CHOCOLATE GIFT



Tempahan coklat gift yg ada 24 pieces..tempahan dr mak kwn sy..hehehe yg lain kalu nk pn boleh order la..mcm ni price die cuma RM16 je...murah la ni..hehehe ape2 contact je sy ye...


Sunday 24 April 2011

Coklat Oreo Special


Sedang mencari gift utk perkahwinan anda? Coklat oreo sesuai di jadikan gift beserta dgn tulisan SELAMAT PENGANTIN BARU..

24 biji - 100 = RM1.85
100-250 bji = RM1.80
251-400 = RM1.75
401-550 = RM1.70
551 ke atas RM1.65 (negotiable)


Selain itu anda boleh pilih seperti di bwh...
yg mana pilihan anda??lolipop atau dlm kotak di ikat reben??





berminat??
sms ira 0122243372/ wani 0166734713

Tuesday 19 April 2011

Coklat Oreo Kosong (tanpa gambar)


Oreo kosong tnpa edible image...lebih murah. Ada customer yg masih ckp edible mahal..
Jd kami di sini cuba memuaskn hati customer dgn menerima tempahan oreo kosong..
Harga lebih murah...slmt mencuba!

Harga Oreo Kosong

1-300 biji = RM1.00/pcs
300-500 biji  = RM0.90/pcs
500 biji ke atas = RM0.85/pcs
(harga boleh runding)

Sunday 3 April 2011

Coklat Warna-Warni..


Adakah anda bosan dgn coklat yg memang wana coklat shj..??Atau anda lebih suke coklat berwarna-warni seperti gmbr di atas? jika anda suke coklat anda beraneka warna seperti di atas sile maklumkn kpd kami ya...
Jika anda tempah sebagai doorgift dan mahukan coklat berwarna yg sama seperti tema anda pn bole...

Harga :

* tempahan event atau doorgift
sebiji- 500 biji = RM0.90
501 biji keatas = RM0.75
(boleh nego)

*kalu mahu tempah utk bwt hadiah seperti di atas
RM16.00 (termasuk bekas dan ribbon)

Coklat Sebagai Hadiah....



Kepada orang kt luar sana tu...coklat juga boleh di jadikan sebagai hadiah kpd org tersayang. Kalu bf/gf gaduh ke suami /isteri ke ataupn kwn karib anda yg dh bergaduh dgn anda tu..bole la belikan coklat sebagai hadiah..sejuk skit hati dia mkn manisan. Sebagai mane kite semua tahu coklat mengandungi sesuatu yg boleh memberikan ketenangan jika anda sedang tension atau mara.

Anda mahukan tempahan anda seperti gmbr di atas??

Harga : 
RM 14.00 (16 biji coklat termasuk kotak dan ribbon)

Monday 28 March 2011

coklat oh coklat....



Milk coklat yg sungguh lazat dengan harga berpatutan...anda boleh pilih untuk menempah milk coklat, dark coklat dan white coklat mengikut kegemaran dan kesukaan anda..^_^
kami akan cuba memenuhi permintaan tempahan anda!
Jika anda mahukan white coklat yg sememangnya berwarna putih atau yg berwarna warni seperti warna pink, purple oren dan pelbagai warna lg sile inform terlebih dahulu kpd kami ye...
Lebih byk kuantiti anda beli lebih murah harga.. ^_^

harga utk coklat berwarna...
1pcs - 450pcs = RM0.80/pcs
450 ke atas = RM 0.65/pcs

Harga utk milk/dark coklat
1pcs - 450pcs = RM0.75/pcs
450 ke atas = RM 0.55/pcs

Friday 18 March 2011

PELBAGAI COKLAT MENARIK



 Kotak yg ini cuma mengandungi 3 biji coklat sahaja...boleh pilih nk bentuk sama sahaja atau pelbagai bentuk..boleh tmbh ribbon juga mengikut permintaan anda!jgn malu2 untuk negotiate harga jika anda mahu tempahan coklat dlm kuantiti yg byk..
sms ira 0122243372 dan wani 0166734713 atau email macam2_coklat@yahoo.com

harga : RM2.90


COKLAT PELBAGAI BENTUK



 Terdapat dalam pelbagai bentuk. Lebih menarik untuk di jadikan hadih utk kawan2 atau keluarga anda dengan harga yang berpatutan...lebih byk tempahan lebih byk diskaun! ^_^

Harga : sekotak (4 biji coklat termasuk kotak) = RM 3.80
(boleh runding)

*pelbgai jenis bentuk ribbon dan warna mengikut permintaan (tmbh 30 sen )

sebarang pertanyaan sms atau call ira 0122243372 dan wani 0166734713 atau
email  : macam2_coklat@yahoo.com

Sunday 13 March 2011

Info tentang penghantaran coklat

Jawapan kepada pertanyaan mengenai penghntan dan tempahan coklat..

Tempahan melebihi 500 biji sila bwt tempahan 18 hari sebelum tarikh yg anda mahukn
Jika tempahan kurg dr 500 biji tempahan hendaklah di bwt 10 hari sebelum tarikh yg anda mahukan..
Penghantaran pos akan di buat pada hari isnin.
Kos panghantaran mengikut berat coklat yg anda tempah.
Cash on delivery (kepong, selayang, sg buloh, kota damansara, the curve ) pada setiap ari jumaat dan sabtu sahaja..

Tuesday 8 March 2011

Coklat Homemade

Terdapat dalam pelbagai corak seperti di bawah :









Milk coklat pelbagai rupa dan corak!

Harga
1-450 biji  = RM0.75/pcs
451 ke atas = RM0.55/pcs

sebarang pertanyaan lanjut seperti packaging dan harga dan juga mengenai coklat anda ingin kn sila email ke macam2_coklat@yahoo.com
atau sms 0122243372- ira dan 0166734713-wani

Coklat Oreo Homemade....


Coklat Oreo homemade sesuai untuk :
  • tempahan majlis harijadi, 
  • doorgift perkahwinan 
  • tempahan untuk hantaran bertunang dan juga hantaran kahwin
  • hadiah hari ibu dan hari jadi insan tersayang dlm idup anda! 

Terdapat 3 cara packaging coklat oreo yang anda boleh pilih seperti di bawah...



 2.
3.

Harga
24- 100 biji = RM1.85 sebiji
101 - 200 biji = RM1.80
201 - 300 biji = RM 1.75
301 - 400biji  = RM1.70
400- 500 biji = RM 1.65
500 biji ke atas = RM1.60
(boleh dirunding lg...)

Jika berminat sila sms ke no 0122243372 -ira dan 0166734713 -wani
atau email ke macam2_coklat@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan...

*gmbr boleh mengikut permintaan masing2...



Monday 7 March 2011

Khasiat Coklat



Coklat adalah kaya dengan antioxidant seperti catechins an phenols. Ia membantu dalam pencegahan sakit jantung dan kanser. Kandungannya sama seperti dalam teh hijau, jus oren, bayam, bawang, jagung dan pisang.

Coklat hitam dikatakan mempunyai empat kali kadar catechins dan phenols berbanding teh. Untuk makluman, satu kajian menyatakan, minumlah teh tanpa susu untuk mendapat khasiat antioxidant teh.

Phenols dikatakan dapat melindungi daripada serangan sakit jantung. Antioxidant yang wujud bukan setakat melindungi sel-sel dan DNA daripada radikal bebas malah ia menghalang pembentukan bahan lemak yang boleh menyebabkan salur darah jantung tersumbat.

Coklat tidak mengemukkan. Tidak ada satu jenis makanan akan menyebabkan gemuk. Pengambilan berlebihan sesuatu jenis makanan meningkatkan kalori. Jika kalori ini tidak dibakar sebanyak ia diambil, ini yang menyebabkan kegemukan. Makanlah coklat dalam kadar yang sederhana, bukan sekadar coklat malah semua jenis makanan.

Satu kajian yang dijalankan di Universiti Pittsburgh mendapati coklat tidak menyebabkan migrain seperti yang disangkakan sebelum ini. Mereka yang sering mengalami migrain atau sakit kepala boleh memakannya tanpa perlu risau ia akan menyebabkan sakit kepala.

Malah coklat mengandungi bahan seperti ubat penenang, yang menjadi penahan sakit dan meningkat tahap rasa sihat. Coklat keluarkan endorphins yang membuat kita rasa gembira.

Makan seberapa banyak dan kerap, coklat bukanlah bahan ketagihan. Permakanannya boleh dihentikan bila-bila masa.

Makan coklat dikatakan boleh menguatkan sistem pertahanan badan. Ini boleh mengurangkan risiko jangkitan selsema dan flu.

Coklat bukanlah penyebabkan jerawat. Jerawat disebabkan oleh perubahan hormon dan genetik. Jangan streskan diri, makanlah coklat. Ia boleh tenangkan anda sewaktu stres.

Coklat mengandungi phenylethylamine dan tyramine, bahan kimia yang menyebabkan rasa sayang dan berahi. Coklat adalah salah satu makanan aphrodisiac. Phenylethylamine adalah kimia yang berkait dengan amphetamines. Ia meningkatkan aliran darah, kadar glukos dalam darah, jadikan kita lebih waspada atau sedar dan rasa puas. Coklat boleh dikatakan makanan untuk seks selain tiram.

Coklat berwarna hitam merupakan sumber tembaga (copper) dan dalam kadar sedikit adalah perlu untuk kesihatan metbolisma dan membantu menghalang penyakit Alzhemier's dan osteoporosis.

Bagi wanita yang menghadapi PMS, makan coklat dapat membekalkan magnesium yang diperlukan oleh badan. Datang bulan mengurangkan kadar magnesium dalam badan dan ini meningkatkan masalah kesakitan waktu haid (PMS).

Selain coklat, mengambil soya 40mg ke 80mg sehari boleh melegakan masalah yang timbul akibat datang haid kerana soya mengandungi phytoestrogens, struktur kimia yang hampir sama dengan estrogen. Mampu menolong mengurangkan ketegangan.

Bagi wanita, coklat menggalakkan pengeluaran kimia endorphins bagi otak wanita, yang menggalakkan rasa gembira dan mengurangkan stres.

Makan coklat adalah baik untuk kita, namun seperti mana-mana makanan janganlah ambil berlebihan.

SEGALA-GALANYA TENTANG COKLAT...


APA ITU COKLAT?

Coklat adalah sejenis makanan yang berasal daripada buah koko yang telah dijalankan proses pengeringan. Proses pengeringan ini adalah bagi menghasilkan serbuk koko seterusnya boleh menghasilkan coklat. Coklat mengandungi tidak kurang daripada 5% lemak sayuran. Manakala, coklat yang digunakan sebagai salutan untuk membuat biskut, konfeksyeneri atau produk coklat yang lain hendaklah mengandungi tidak kurang daripada 12% likur koko.


ii.         KANDUNGAN COKLAT

Coklat sebagai makanan berkhasiat :
Coklat adalah produk koko yang mempunyai khasiat sebenar dan kandungan nutrien dalam coklat merupakan makanan yang seimbang.
Kandungan Coklat kosong Coklat susu
Tenaga 511 kcal 514 kcal
Lemak 32.3 g 29.0 g
Protein 4.1 g 8.1 g
Karbohidrat 51.9 g 56.1 g
Zat Besi 2.3 mg 0.8 mg
Kalsium 29.0 mg 233.0 mg
Tiamin 0.04 mg 0.09 mg
Riboflavin 0.02 mg 0.3 mg
Niasin 0.4 mg 0.4 mg
Vitamin A 22.0 mg 84.0

iii.        KELEBIHAN COKLAT

Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa coklat merupakan makanan, minuman dan snek yang popular di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Walau bagaimanapun, coklat dianggap sebagai makanan junk dan tidak berkalori, enak tetapi tidak berkhasiat. Tetapi pada hakikatnya adalah sebaliknya. Yang nyatanya, coklat adalah makanan yang penuh khasiat dan berupaya menyumbang kepada keperluan pemakanan secara positif. Sebagai contoh, kandungan zat di dalam coklat susu berbanding coklat putih.
Coklat adalah satu hadiah yang istimewa untuk diri sendiri. Ia juga satu hidangan yang diketengahkan untuk pelbagai majlis keraian baik sambutan hari jadi mahupun majlis perkahwinan. Coklat umpama membawa mesej yang berkata, ‘Terima kasih’, ‘Saya cintakan kamu’ dan ‘Ia khas untuk diri saya’. Makan coklat adalah satu langkah memanjakan diri. Sungguhpun bagi sesetengah individu coklat memberikan ketenangan dan menggembirakan kita, ia harus diambil secara sederhana.


Antara kelebihan coklat yang dikenalpasti:
a)         Membantu meningkatkan memori dan hafalan
b)         Membantu menguatkan hafalan
c)         Membantu menajamkan mata dan minda
d)         Membantu memulihkan keletihan saraf
e)         Membantu menguatkan daya ingatan
f)          Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular
g)         Mengurangkan kematian akibat penyakit jantung
h)        Meningkatkan kebolehan mengatasi tekanan
i)          Melambatkan proses penuaan